Social Icons

Tuesday 19 March 2013

Aktiviti 2 : Lencana Saya


Langkah- langkah untuk mengendalikan aktiviti ini :

  1. Setiap orang pelajar akan diberikan satu lencana kosong. Lencana tersebut akan dibahagikan kepada empat bahagian.
  2. Bahagian pertama akan dicorakkan dengan satu perkara yang menjadi minat pelajar. Contohnya hobi pelajar, kecenderungan minat dan bakat tersendiri pelajar.
  3. Bahagian kedua akan diisi dengan satu matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar. Contohnya, pelajar ingin mencapai 5A dalam UPSR.
  4. Bahagian ketiga, akan diisi dengan sikap positif yang ada dalam diri pelajar. Pelajar berasa bangga dengan sikap tersebut yang boleh dijadikan ikutan orang lain. Contohnya, Hakim mempunyai sifat suka menabung, maka dia akan melukis tabung pada bahagian ini dengan harapan menjadi ikutan sahabat-sahabatnya di dalam kelas.
  5. Bahagian keempat akan dilukis dengan satu gambar yang menggambarkan diri pelajar pada masa akan datang. Contohnya, Aisyah ingin menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak, maka Aisyah akan melukis gambar dia berpakaian seorang doktor.
  6. Pilih empat perkataan yang menggambarkan diri pelajar untuk ditulis pada bahagian skrol. Contohnya, "Gembira, Ceria, Baik, Sopan".
  7. Akhir sekali, semua lencana pelajar akan ditampal di dalam kelas.

Objektif aktiviti ini :

  • Aktiviti melukis "Lencana Saya" ini adalah untuk menggalakkan pelajar muhasabah diri dan bermotivasi tinggi dalam mencapai matlamat hidupnya.
  • Pelajar akan mengenal kekuatan yang ada dalam diri mereka dan seterusnya berusaha untuk menggunakan kekuatan tersebut untuk mencapai cita-cita murni mereka.
  • Pelajar yang sedar akan kelemahan yang ada dalam diri mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk memperbaiki sikap itu.

Kekuatan pada aktiviti "Lencana Saya" :
  • Pelajar akan tahu semua sikap yang ada pada diri rakan sekelasnya dan mereka akan sentiasa bersaing dalam menunjukkan sikap yang positif itu sesama mereka sendiri.
  • Setiap pelajar di dalam kelas akan lebih mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti "Lencana Saya" ini.  Hal ini akan menyebabkan mereka lebih menghormati rakan sekelas mereka dan berkawan dengan baik serta bertoleransi.
  • Guru akan mengenal potensi pelajar dan seterusnya mencungkil bakat murid-murid ke arah yang lebih maju.

contoh:




Selamat mencuba.

^_^


6 comments:

  1. aktiviti yg menarik. boleh dilakukan ketika sesi ganti kelas yg ketiadaan guru.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peneguhan positif.. hihi.. :)

    ReplyDelete
  3. wah..menarik...sangat bagus...confirm budak suka...boleh try nanti...tq 4 the great ideaa!!!

    ReplyDelete