Social Icons

Tuesday 19 March 2013

Aktiviti 1 : Buku Skrap Peraturan Kelas


Aktiviti ini sesuai untuk diadakan pada hari pertama persekolahan pada permulaan tahun. Aktiviti ini sesuai untuk membentuk ahli kelas yang bertoleransi, saling mempercayai dan gembira untuk datang ke sekolah pada setiap hari. 

Aktiviti ini perlu diambil tindakan oleh seorang guru. Guru yang perlu mengendali dan mengelolakan aktiviti ini. 

Selamat mencuba kawan-kawan !


Permulaan kelas:

Menyapa pelajar-pelajar: 
Sebelum loceng berbunyi tanda waktu pembelajaran bermula, guru berdiri di hadapan muka pintu. Jadi guru akan melihat kesemua pelajarnya memasuki kelas sambil memandang mata mereka dengan penuh kasih sayang. Guru akan mengucapkan selamat datang dengan senyuman mesra dan ikhlas kepada semua pelajarnya yang sedang memasuki kelas untuk mangambil tempat duduk.

Sesi perkenalan: 
Apabila loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula, guru pergi ke tengah-tengah kelas di hadapan pelajar dan memulakan perkenalan diri guru dahulu. Guru seharusnya memberitahu di mana dia belajar, di mana dia membesar, sudah berapa lama dia mengajar, berapa anak dia ada dan serba sedikit tentang keluarganya.

p/s : Pelajar akan lebih mengenali guru mereka dan seterusnya menghasilkan hubungan yang mesra antara guru dan murid.



Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini :

Langkah pertama: 
Guru akan meyemak nama pelajar di dalam kelas dengan menyebut nama setiap pelajar dengan sebutan yang betul. Guru akan menanya pelajar nama apakah yang pelajar suka untuk dipanggil di dalam kelas.


Langkah  kedua: 
Guru akan mengedarkan sehelai kertas bagi setiap pelajar. Pelajar yang duduk di hadapan sekali akan menerima kertas tersebut dan memgedarkan pula kepada kawan-kawan di belakangnya. Setiap pelajar akan mendapat satu kertas. Apabila pelajar menerima kertas tersebut, pelajar akan menulis nombor telefon, alamat rumah, tarikh lahir dan tempat lahir, jadual kelas.

p/s: Melalui cara ini, guru akan lebih mengenali semua latar belakang setiap pelajar di dalam kelasnya.


Langkah  ketiga:
Guru akan mula menerangkan segala prosedur dan peraturan untuk di dalam kelas ini. Guru memberi satu buku skrap yang akan disimpan oleh semua pelajar. Guru meminta semua pelajar menulis semua keperluan dan peraturan mereka ketika berada di dalam kelas di dalam buku skrap tersebut. Buku tersebut akan dinilai oleh guru, maka semua pelajar perlu menghiaskan buku tersebut dengan secantik mungkin.


contoh buku skrap


p/s: Guru akan menerangkan kepada pelajar kerasionalan dan kelogikan semua peraturan yang telah diwujudkan.


Langkah keempat: 
Satu peraturan kelas yang lengkap akan ditampal pada pintu hadapan kelas.


contoh peraturan bilik darjah yang disepakati


Langkah kelima:
Pada setiap kali memulakan kelas pada hari yang keseterusnya,  seorang pelajar akan ditugaskan untuk membaca satu sahaja peraturan kelas daripada buku skrap masing-masing. Pelajar tersebut akan membaca dengan lantangnya dan ahli kelas yang lain akan mendengar dengan teliti. Pelajar tersebut akan menerangkan dan menasihatkan seisi kelas tentanf kerasionalan peraturan tersebut.


Langkah terakhir:
Sekiranya terdapat pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam buku skrap, maka guru akan mengambil buku skrap mereka dan menulis nota amaran dan hukuman yang dikenakan kepada pelajar tersebut.



Pada akhir tahun sesi pembelajaran, sesiapa pelajar yang buku skrapnya bersih daripada segala nota amaran akan diberikan hadiah.



Mengapa perlu dilakukan aktivitit sebegini setiap kali memulakan pembelajaran? Aktiviti ini perlu dilakukan untuk sentiasa mengingatkan  pelajar akan peraturan di dalam kelas. Pelajar akan sentiasa ingat dan faham akan peraturan tersebut dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian. 


Sekian terima kasih.. Selamat mengamalkan.. 


^_^

No comments:

Post a Comment