Social Icons

Featured Posts

Tuesday 19 March 2013

Aktiviti 3: crown and medal



the crown

the medal


Pengenalan aktiviti:

---> Murid akan diberikan medal dan juga crown  sekiranya pada hari tersebut, pelajar  berkelakuan baik.

---> Guru akan meletakkan crown tersebut di atas kepala pelajar. Manakala medal dilekatkan di atas dada.

---> Pelajar yang mendapat anugerah ini, akan berasa bangga dan ceria serta membuatkan dia bersemangat untuk belajar.

---> Pelajar lain akan berasa tercabar dan berusaha sehabis baik untuk mencontohi  pelajar yang mendapat anugerah.

---> Setelah sesi pembelajaran untuk subjek guru tersebut habis, pelajar yang menerima anugerah akan ditampal medal tesebut dalam buku subjek guru tersebut.


Obejktif aktiviti:

1.    Menggalakkan murid dalam kelas berkelakuan baik dalam setiap masa.
2.    Mewujudkan persaingan postif dalam kalangan ahli kelas.
3.    mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran  yang kondusif  dalam kelas.


^_^

Aktiviti 2 : Lencana Saya


Langkah- langkah untuk mengendalikan aktiviti ini :

  1. Setiap orang pelajar akan diberikan satu lencana kosong. Lencana tersebut akan dibahagikan kepada empat bahagian.
  2. Bahagian pertama akan dicorakkan dengan satu perkara yang menjadi minat pelajar. Contohnya hobi pelajar, kecenderungan minat dan bakat tersendiri pelajar.
  3. Bahagian kedua akan diisi dengan satu matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar. Contohnya, pelajar ingin mencapai 5A dalam UPSR.
  4. Bahagian ketiga, akan diisi dengan sikap positif yang ada dalam diri pelajar. Pelajar berasa bangga dengan sikap tersebut yang boleh dijadikan ikutan orang lain. Contohnya, Hakim mempunyai sifat suka menabung, maka dia akan melukis tabung pada bahagian ini dengan harapan menjadi ikutan sahabat-sahabatnya di dalam kelas.
  5. Bahagian keempat akan dilukis dengan satu gambar yang menggambarkan diri pelajar pada masa akan datang. Contohnya, Aisyah ingin menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak, maka Aisyah akan melukis gambar dia berpakaian seorang doktor.
  6. Pilih empat perkataan yang menggambarkan diri pelajar untuk ditulis pada bahagian skrol. Contohnya, "Gembira, Ceria, Baik, Sopan".
  7. Akhir sekali, semua lencana pelajar akan ditampal di dalam kelas.

Objektif aktiviti ini :

  • Aktiviti melukis "Lencana Saya" ini adalah untuk menggalakkan pelajar muhasabah diri dan bermotivasi tinggi dalam mencapai matlamat hidupnya.
  • Pelajar akan mengenal kekuatan yang ada dalam diri mereka dan seterusnya berusaha untuk menggunakan kekuatan tersebut untuk mencapai cita-cita murni mereka.
  • Pelajar yang sedar akan kelemahan yang ada dalam diri mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk memperbaiki sikap itu.

Kekuatan pada aktiviti "Lencana Saya" :
  • Pelajar akan tahu semua sikap yang ada pada diri rakan sekelasnya dan mereka akan sentiasa bersaing dalam menunjukkan sikap yang positif itu sesama mereka sendiri.
  • Setiap pelajar di dalam kelas akan lebih mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti "Lencana Saya" ini.  Hal ini akan menyebabkan mereka lebih menghormati rakan sekelas mereka dan berkawan dengan baik serta bertoleransi.
  • Guru akan mengenal potensi pelajar dan seterusnya mencungkil bakat murid-murid ke arah yang lebih maju.

contoh:




Selamat mencuba.

^_^


Aktiviti 1 : Buku Skrap Peraturan Kelas


Aktiviti ini sesuai untuk diadakan pada hari pertama persekolahan pada permulaan tahun. Aktiviti ini sesuai untuk membentuk ahli kelas yang bertoleransi, saling mempercayai dan gembira untuk datang ke sekolah pada setiap hari. 

Aktiviti ini perlu diambil tindakan oleh seorang guru. Guru yang perlu mengendali dan mengelolakan aktiviti ini. 

Selamat mencuba kawan-kawan !


Permulaan kelas:

Menyapa pelajar-pelajar: 
Sebelum loceng berbunyi tanda waktu pembelajaran bermula, guru berdiri di hadapan muka pintu. Jadi guru akan melihat kesemua pelajarnya memasuki kelas sambil memandang mata mereka dengan penuh kasih sayang. Guru akan mengucapkan selamat datang dengan senyuman mesra dan ikhlas kepada semua pelajarnya yang sedang memasuki kelas untuk mangambil tempat duduk.

Sesi perkenalan: 
Apabila loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula, guru pergi ke tengah-tengah kelas di hadapan pelajar dan memulakan perkenalan diri guru dahulu. Guru seharusnya memberitahu di mana dia belajar, di mana dia membesar, sudah berapa lama dia mengajar, berapa anak dia ada dan serba sedikit tentang keluarganya.

p/s : Pelajar akan lebih mengenali guru mereka dan seterusnya menghasilkan hubungan yang mesra antara guru dan murid.



Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini :

Langkah pertama: 
Guru akan meyemak nama pelajar di dalam kelas dengan menyebut nama setiap pelajar dengan sebutan yang betul. Guru akan menanya pelajar nama apakah yang pelajar suka untuk dipanggil di dalam kelas.


Langkah  kedua: 
Guru akan mengedarkan sehelai kertas bagi setiap pelajar. Pelajar yang duduk di hadapan sekali akan menerima kertas tersebut dan memgedarkan pula kepada kawan-kawan di belakangnya. Setiap pelajar akan mendapat satu kertas. Apabila pelajar menerima kertas tersebut, pelajar akan menulis nombor telefon, alamat rumah, tarikh lahir dan tempat lahir, jadual kelas.

p/s: Melalui cara ini, guru akan lebih mengenali semua latar belakang setiap pelajar di dalam kelasnya.


Langkah  ketiga:
Guru akan mula menerangkan segala prosedur dan peraturan untuk di dalam kelas ini. Guru memberi satu buku skrap yang akan disimpan oleh semua pelajar. Guru meminta semua pelajar menulis semua keperluan dan peraturan mereka ketika berada di dalam kelas di dalam buku skrap tersebut. Buku tersebut akan dinilai oleh guru, maka semua pelajar perlu menghiaskan buku tersebut dengan secantik mungkin.


contoh buku skrap


p/s: Guru akan menerangkan kepada pelajar kerasionalan dan kelogikan semua peraturan yang telah diwujudkan.


Langkah keempat: 
Satu peraturan kelas yang lengkap akan ditampal pada pintu hadapan kelas.


contoh peraturan bilik darjah yang disepakati


Langkah kelima:
Pada setiap kali memulakan kelas pada hari yang keseterusnya,  seorang pelajar akan ditugaskan untuk membaca satu sahaja peraturan kelas daripada buku skrap masing-masing. Pelajar tersebut akan membaca dengan lantangnya dan ahli kelas yang lain akan mendengar dengan teliti. Pelajar tersebut akan menerangkan dan menasihatkan seisi kelas tentanf kerasionalan peraturan tersebut.


Langkah terakhir:
Sekiranya terdapat pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam buku skrap, maka guru akan mengambil buku skrap mereka dan menulis nota amaran dan hukuman yang dikenakan kepada pelajar tersebut.



Pada akhir tahun sesi pembelajaran, sesiapa pelajar yang buku skrapnya bersih daripada segala nota amaran akan diberikan hadiah.



Mengapa perlu dilakukan aktivitit sebegini setiap kali memulakan pembelajaran? Aktiviti ini perlu dilakukan untuk sentiasa mengingatkan  pelajar akan peraturan di dalam kelas. Pelajar akan sentiasa ingat dan faham akan peraturan tersebut dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian. 


Sekian terima kasih.. Selamat mengamalkan.. 


^_^

Wednesday 13 March 2013

Susun Atur Bilik Darjah

Hye..
Assalamualaikum...

Pernah tak kamu semua masuk bilik darjah sebelum ini. Apa ? Tak pernah ? Ish..ish..ish.. jangan tipu la, dulu waktu zaman sekolah takkan tak belajar kat dalam kelas. Ha, tempat belajar dalam kelas itulah yang dipanggil bilik darjah.  

Pernah tak kamu kalau masuk satu bilik darjah itu rasa nyaman sekali. Rasa macam tak nak keluar dah dari bilik darjah itu. Rasa teruja dan "excited" untuk terus berada dalam bilik darjah tersebut. Haa,, itu maknanya bilik darjah tersebut kondusif la tue.

Tapi pernah tak kamu semua kalau masuk satu bilik darjah yang kamu semua rasa tak senang, tak nyaman, tak senang duduk, tak selesa dan macam-macam "tak" lagi. Saya pernah jugak, ada satu kelas itu saya masuk, tak ada langsir langsung, papan kenyataan kat belakang kosong - sekosongnya, serta penyapu dan penyodoknya diletakkan di hadapan kelas. Ish..ish..ish.. teruknya. Memang saya rasa nak keluar je dari bilik darjah tersebut.

Ha,, cuba bayangkan kite yang guru ni pun rasa tak senang dengan bilik darjah macam itu, apatah lagi pelajar - pelajar yang belajar dalam bilik darjah tersebut. Mereka lebih lama lagi untuk tinggal dan belajar dalambilik dajah tersebut.

Jadi, sudah menjadi lumrah bahawa tugas guru bukan sahaja guru yang mengajar membuta tuli tetapi sebagai seorang "arkitek" yang melukis dan merancang susun atur bilik darjahnya. Haa, hebatkan menjadi seorang guru ? Ya,, memang hebat, mulia lagi tu tugas seorang guru ini.

Di sini, saya menunjukkan satu contoh lakaran susun atur bilik darjah yang teratur dan selesa untuk belajar lama-lama dalam kelas macam ini. Heheh..  :) 


Keperluan Bilik Darjah

Hye.. Assalamualaikum..
Nak mengajar dalam bilik darjah perlu ada persediaan yang rapi. Bukan boleh
 main masuk kelas sahaja tanpa memikirkan segala keperluan yang wajib disediakan. Haaa.. nak jadi cikgu kan ? Jadi perlulah kompeten dari segala sudut. Bukan hanya mahir dalamproses penyampaian ilmu tetapi mahir juga dalam membina persekitaran yang kondusif. Ini ada contoh peta minda yang menunjukkan hak-hak yang perlu ditunaikan dalam bilik darjah. Hmmm... besar tanggungjawab menjadi seorang guru ini. Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Ciri-ciri Bilik Darjah yang Kondusif


Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah  persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. 

1.  Susunan fizikal bilik darjah
 Meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.



2. Saiz bilik darjah
 Bilik darjah yang agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

3. Kemudahan bilik darjah
 Kerusi dan meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah.

4. Pengurusan rutin bilik darjah
 Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawan-kawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil, guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur.

5. Hubungan guru dan murid 

 Murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru perlu membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.

Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.

Takrifan Pengurusan Bilik Darjah


Takrif pengurusan bilik darjah berdasarkan pelbagai tokoh:




Dari Buku:
1)  Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku
 (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel)



  • Richards (1990):
Ialah organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.


  • Alberto &troutman (1986):
kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.


  • Sanford J, Emmer E. & clemments B
Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan  untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.

2)  EE AH MENG DALAM BUKUNYA:

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah serta galakan komunikasi dan interaksi antara pelajar.penyusunan fizikal sesebuah bilki darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta penjaminan cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.