Aktiviti ini sesuai
untuk diadakan pada hari pertama persekolahan pada permulaan tahun. Aktiviti
ini sesuai untuk membentuk ahli kelas yang bertoleransi, saling mempercayai dan
gembira untuk datang ke sekolah pada setiap hari.
Aktiviti ini perlu diambil tindakan
oleh seorang guru. Guru yang perlu mengendali dan mengelolakan aktiviti ini.
Selamat mencuba kawan-kawan !
Permulaan kelas:
Menyapa pelajar-pelajar:
Sebelum
loceng berbunyi tanda waktu pembelajaran bermula, guru berdiri di hadapan muka
pintu. Jadi guru akan melihat kesemua pelajarnya memasuki kelas sambil
memandang mata mereka dengan penuh kasih sayang. Guru akan mengucapkan selamat
datang dengan senyuman mesra dan ikhlas kepada semua pelajarnya yang sedang memasuki
kelas untuk mangambil tempat duduk.
Sesi perkenalan:
Apabila loceng
berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula, guru pergi ke tengah-tengah
kelas di hadapan pelajar dan memulakan perkenalan diri guru dahulu. Guru
seharusnya memberitahu di mana dia belajar, di mana dia membesar, sudah berapa
lama dia mengajar, berapa anak dia ada dan serba sedikit tentang keluarganya.
p/s : Pelajar
akan lebih mengenali guru mereka dan seterusnya menghasilkan hubungan yang
mesra antara guru dan murid.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini :
Langkah pertama:
Guru akan meyemak
nama pelajar di dalam kelas dengan menyebut nama setiap pelajar dengan sebutan
yang betul. Guru akan menanya pelajar nama apakah yang pelajar suka untuk
dipanggil di dalam kelas.
Langkah kedua:
Guru akan mengedarkan sehelai kertas bagi setiap pelajar. Pelajar yang
duduk di hadapan sekali akan menerima kertas tersebut dan memgedarkan pula
kepada kawan-kawan di belakangnya. Setiap pelajar akan mendapat satu kertas.
Apabila pelajar menerima kertas tersebut, pelajar akan menulis nombor telefon,
alamat rumah, tarikh lahir dan tempat lahir, jadual kelas.
p/s: Melalui
cara ini, guru akan lebih mengenali semua latar belakang setiap pelajar di
dalam kelasnya.
Langkah ketiga:
Guru akan mula menerangkan segala prosedur dan peraturan untuk di dalam
kelas ini. Guru memberi satu buku skrap yang akan disimpan oleh semua pelajar.
Guru meminta semua pelajar menulis semua keperluan dan peraturan mereka ketika
berada di dalam kelas di dalam buku skrap tersebut. Buku tersebut akan dinilai
oleh guru, maka semua pelajar perlu menghiaskan buku tersebut dengan secantik
mungkin.
 |
contoh buku skrap |
p/s: Guru
akan menerangkan kepada pelajar kerasionalan dan kelogikan semua peraturan yang
telah diwujudkan.
Langkah keempat:
Satu
peraturan kelas yang lengkap akan ditampal pada pintu hadapan kelas.
 |
contoh peraturan bilik darjah yang disepakati |
Langkah kelima:
Pada setiap kali
memulakan kelas pada hari yang keseterusnya,
seorang pelajar akan ditugaskan untuk membaca satu sahaja peraturan
kelas daripada buku skrap masing-masing. Pelajar tersebut akan membaca dengan
lantangnya dan ahli kelas yang lain akan mendengar dengan teliti. Pelajar
tersebut akan menerangkan dan menasihatkan seisi kelas tentanf kerasionalan
peraturan tersebut.
Langkah terakhir:
Sekiranya terdapat pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan di
dalam buku skrap, maka guru akan mengambil buku skrap mereka dan menulis nota
amaran dan hukuman yang dikenakan kepada pelajar tersebut.
Pada akhir
tahun sesi pembelajaran, sesiapa pelajar yang buku skrapnya bersih daripada
segala nota amaran akan diberikan hadiah.
Mengapa
perlu dilakukan aktivitit sebegini setiap kali memulakan pembelajaran? Aktiviti
ini perlu dilakukan untuk sentiasa mengingatkan
pelajar akan peraturan di dalam kelas. Pelajar akan sentiasa ingat dan faham akan peraturan
tersebut dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Sekian
terima kasih.. Selamat mengamalkan..
^_^